PJ Zaleha Abdullah disamping suami tercinta . Beliau dilahirkan di Kg. Tuman, Marang pada tahun 1979. merupakan anak ke-8 dari 9 adik beradik. Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Zuki Tahar (dilahirkan tahun 1972) mereka telah dikurnia 3 cahaya mata seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Pengarah Jati zaleha telah berdaftar sebagai ahli HPA pada julai 07 ketika beliau sedang hamil anak ke-3. Pada peringkat awal untuk guna sendiri namun setelah sihat daripada masalah bleeding kesan penggunaan produk HPA Alhamdulillah telah menjadi tiik permulaan kepada beliau untuk menyampaikan kepada sanak saudara kelebihan produk HPA. telah menghadiri kursus PBC pada ogos 2007 di Hotel Kenangan Kuala Terengganu dan mendapat pengarah jati pada tahun 2008. Sekarang ini beliau telah membuka stokis di Kg. Tg. Belor, Pengkalan Berangan, Marang.
Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan suami yang sama-sama menjadikan HPA sebagai 'Harapan Paling Akhir umat Islam' dimana penting untuk kita sampaikan produk halal ini keseluruh rumah umat Islam.