KENALI LEADER DI ZON MARANG


Kita kenali dulu leader dari kanan iaitu PJ Haniza Abdullah. Beliau merupakan seorang guru di Sekolah kebangsaan Bukit Payung. walaupun separuh masa bersama HPA tetapi sepenuh hati. Beliau dilahirkan di Kg. Tuman Marang, Terengganu pada 1972. telah mendirikan rumah tangga bersama dengan salah sorang pimpinan HPA juga iaitu PJ Ahmad dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Telah bersama HPA bermula tahun 2007. Beliau bersama suami tidak kenal erti penat lelah dan putus asa dalam memperjuangkan produk halal ini. Walaupun masing2 mempunyai kerjaya hakiki dan mempunyai anak yang masih kecil tapi itu bukanlah penghalang untuk berjaya. Beliau telah membuka stokis di Bukit Payung bagi memudahkan rangkaian atau rakan niaga mendapatkan produk HPA. Menjawat jawatan Bendahari di dalam komuniti zon Marang.


Pengarah Jati baru dalam group sahabat network iaitu PJ Rohana yang dilahirkan di chendering, Kuala Terengganu pada tahun 1964 dan sekarang menetap di Merchang. telah mendirikan rumahtangga bersama en. Yusuf Salleh dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. telah menceburkan diri bersama HPA pada tahun 2008. Walaupun sebagai seorang suri rumah beliau berjaya membuktikan bahawa beliau mampu memperolehi pendapatan yang amat membanggakan. Atas dasar asalnya diperkenalkan oleh PJ Mastura dan dengan niat mencari sesuatu yang halal bagi diri dan keluarga beliau telah menggabungkan diri bersama HPA secara sepenuh masa dan sepenuh hati. Sekarang menjawat jawatankuasa di kominiti zon marang dan istiqomah di dalam membantu PBC di zon Marang.


Pengarah Jati Emas Gayah sulong atau lebih mesra dipanggil Kak Ma dilahirkan pada tahun 1969 di kg. Kubu Marang Terengganu. telah mendirikan rumah tangga bersama Pengarah Jati Emas Ust. Ibrahim Mohammad yang dilahir pada 1956 di Kg. Batangan, Marang Terengganu. Mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata.


Bersama HPA bermula tahun januari 2005. Alhamdulillah walaupun sebagai seorang guru pra sekolah, PJE mastura berjaya membuktikan dengan sepenuh hati dengan HPA beliau mampu memperolehi pendapatan yang melebihi gaji hakiki beliau.Apa yang penting adalah redha suami yang tercinta. sebagai seorang suami yang sama-sama dalam satu perjuangan, ini adalah pengorbanan dan apa-apa yang kita lakukan perlukan kesabaran dan kesefahaman. Tambahan pula, dengan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada mereka berdua.
K.Ma merupakan juga pengarah PBC Marang dan menjadi timbalan pengerusi komuniti zon Marang.







Pengarah Jati Wan Senari Wan Awang. Dilahirkan pada tahun 1959 di Kerteh Terengganu dan sekarang menetap bersama suami En. Mohd. Hayati Mamat di Kg Wakaf kedondong, Bukit Payung, Terengganu. Telah mempunyai 9 orang anak. bersama HPA bermula tahun2007 dan tidak sampai setahun telah mendapat pengarah jati. Walaupun sebagai seorang surirumah, ini bukanlah penghalang untuk berjaya kerana bagi beliau memperkenalkan produk halal merupakan satu kewajipan dan tuntutan fardhu kifayah. Alhamdulillah beliau bergerak bersama HPA dengan sokongan keluarga yang tersayang. Beliau juga terlibat sebagai jawatankuasa dalam komuniti zon marang.

Pengarah Meranti Shukri Sulaiman. Dilahirkan pada tahun 1967 di Tanah Merah Kelantan. Sekarang menetap bersama isteri tercinta pn. Mahani Ibrahim di Seberang Marang, Terengganu. Telah dikurniakan 4 cahaya mata. Telah bersama HPA bermula tahun 2007. merupakan seorang leader yang menggerakkan kelas mingguan di Cawangan HPA marang dan merupakan jawatankuasa di komuniti zon Marang. Sebelum ini beliau telah memasuki pelbagai MLM lain namun bagi beliau HPA lain dari yang lain kerana HPA merupakan satu perjuangan untuk membangunkan ekonomi ummah. Isteri beliau menjadi tulang belakang kepada perjuangan suci ini. Walaupun pelbagai ujian dan cabaran bersama dengan HPA, beliau tetap tidak berputus asa kerana sememangnya menjadi pejuang tidak dihamparkan dengan permaidani merah. Insyaallah doakan beliau berjaya menjadi seorang usahawan herbalis HPA yang berjaya.


Pengarah Jati Siti Zainab Mamat dilahirkan tahun 1961 di Bukit Besi Dungun Terengganu. Telah mendirikan rumahtangga bersama En. Othman Ali dan telah dikurniakan 8 orang anak. Sekarang menetap di Rusila, Marang Terengganu. Bersama -sama dengan HPA bermula tahun 2005. Beliau merupakan insan yang tidak pernah kenal erti putus asa dan sabar di dalam memperkenalkan produk halal HPA ini. Walau kemana sahaja beliau pergi tidak pernah lekang untuk menceritakan HPA dengan prospek yang dijumpai kerana ini adalah peluang untuk menyampaikan tanggungjawab fardhu kifayah ini. Bagi beliau prospek tersebut Jadi ahli atau tidak, beli produk atau tidak yang penting tanggungjawab menyampaikan produk halal selesai.